Operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pulih seperti biasa bermula jam 3.45 petang tadi, kata Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong.<br /><br />Beliau berkata, kebenaran beroperasi itu selepas pemeriksaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pagi tadi yang memberi kelulusan untuk semua 58 tren dioptimumkan sepenuhnya.<br /><br />Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, tren bersama 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya, menyebabkan 65 penumpang cedera termasuk 47 parah.
