Pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan terhadap mana-mana ibu bapa yang ingkar kerana mendedahkan kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun kepada Covid-19 dengan membawa mereka ke tempat berisiko termasuk kawasan sesak.<br /><br />Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata kertas siasatan itu boleh dibuka atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).<br /><br />Beliau berkata, sehingga kini kes Covid-19 membabitkan kanak-kanak ialah sebanyak 82,341 kes dengan kategori paling tinggi ialah mereka berusia 13 hingga 17 tahun iaitu 27,402.
