Bekas Perdana Menteri, Najib Razak secara sarkastik menyuruh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun supaya membuat permohonan kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).<br /><br />Najib kononnya bertanya kepada pengikut Facebooknya apakah pautan portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diseliakan Miti.<br /><br />Hal ini kerana katanya untuk dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat supaya Parlimen dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu.