Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempersoalkan sekiranya jumlah kes harian Covid-19 yang turun sejak akhir-akhir adalah disebabkan penurunan kadar ujian saringan .

Beliau merujuk kepada data yang dikeluarkan penerbitan saintifik 'Our World In Data' yang menunjukkan kadar ujian saringan Covid-19 telah menurun kepada lebih 20,000 orang pada 31 Mei yang lalu.

Beliau turut meminta Kementerian Kesihatan memberi penjelasan berhubung kadar ujian saringan Covid-19 yang turun secara mendadak di beberapa negeri.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/511953093324977