Seorang tahanan di IPD Klang Selatan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis semalam, maut kerana melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua ke tingkat satu.<br /><br />Menurut Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, Umar Faruq Abdullah @ Hemananthan terjun dari tingkap ketika menuruni tangga sambil diiringi seorang pegawai penyiasat. <br /><br />Semalam, M Manoharan - peguam keluarga Umar Faruq Abdullah @ Hemanathan - mendakwa ada sesuatu yang "sangat tidak betul" berhubung kematian Allahyarham sehari selepas ditangkap.
