Polis masih menunggu laporan teknikal selepas mengambil keterangan tujuh saksi berhubung hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui Instagram milik ibu kepada Neelofa, Noor Kartini Mohamed.<br /><br />Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, pihak polis akan merujuk kes tersebut kepada pihak pendakwa raya apabila telah selesai.
