Kerajaan bersetuju mengkaji konsep dan mekanisma bagi melaksanakan sidang parlimen secara hibrid yang melibatkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.<br /><br />Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan.<br /><br />Keputusan itu dibuat selepas lima bulan parlimen digantung akibat perisytiharan darurat.
