Beberapa pakar kesihatan membidas pihak berkuasa kerana menyembur pembasmi kuman kepada warga asing tanpa dokumen semasa serbuan di Cyberjaya malam Ahad lalu.

Sementara itu, Jabatan Imigresen mempertahankan tindakannya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya semalam.

Imigresen berkata semburan pembasmi kuman Dettol itu turut diberikan kepada pegawai Jabatan Imigresen yang turut serta dalam serbuan itu termasuk Ketua Pengarahnya Khairul Dzaimee Daud.

Sumber visual: Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia