Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat rekod vaksinasi harian tertinggi semalam dengan pemberian 151,309 dos selepas ia dilaksanakan bermula 24 Februari lalu.<br /><br />Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau berharap jumlah itu konsisten setiap hari dan menjelang bulan Julai dapat mencapai 200,000 dos vaksin sehari.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada hari ini.