Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hadir dalam majlis memperingati keluarga Muslim tiga generasi yang terbunuh, dalam apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa sebagai satu 'jenayah kebencian yang telah dirancang'.<br /><br />Ahad lalu, empat ahli keluarga itu terbunuh ketika sedang berjalan kaki selepas seorang lelaki melanggar mereka dengan sebuah trak pikap, dan dipercayai menjadi sasaran kerana agama mereka.<br /><br />Laporan oleh Reuters.