Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin memberikan ucapan 'tabik hormat' kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang menerima keputusan mereka hari ini.

Radzi turut menyifatkan mereka sebagai generasi hebat kerana berjaya menempuhi dugaan dan cabaran sukar menduduki peperiksaan ketika tempoh pandemik.

Dalam sidang media khas hari ini, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para guru yang mengajar dan terlibat dalam perlaksanaan proses SPM.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/1042725339827246