Dr Mahathir Mohamad mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” kata Mahathir dalam sidang media atas talian sebentar tadi.

Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi dia ada menawarkan 'khidmatnya' jika dikehendaki kerajaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/329684655378460/