Terlalu bahaya untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat, kata Dr Mahathir Mohamad kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika beliau ditanya mengenai perkara itu.

Ini katanya, susulan potensi peningkatan jangkitan Covid-19 seperti yang berlaku pada pilihan raya negeri Sabah tahun lalu.

Mengulas lanjut kepada pemberita, bekas perdana menteri itu berkata pilihan raya umum hanya selamat diadakan hanya selepas negara mencapai imuniti kelompok daripada Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/329684655378460/