Kegagalan kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 dan kesannya terhadap ekonomi bukan sahaja menimbulkan keresahan rakyat, tetapi juga telah mengundang kenyataan daripada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, kenyataan yang dikeluarkan Raja-raja Melayu baru-baru ini yang menurutnya jarang berlaku dalam sejarah politik negara, menunjukkan krisis ini telah mencapai kemuncaknya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang berlangsung secara maya pagi ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/802578417128096