Kadar imunisasi Covid-19 Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara Kesatuan Eropah yang telah 'membolot' bekalan vaksin, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, kadar vaksinasi bergantung pada bekalan dan ianya masih kurang berbanding negara-negara kaya.

Katanya lagi sebagai perbandingan, kadar imunisasi negara jauh mendahului negara-negara jiran antaranya Indonesia dan Thailand serta menghampiri kadar vaksinasi Jepun.

Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/5654122887994023