“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu”<br /><br />Itu kata ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang mendedahkan dirinya mengetuai usaha mengumpul akuan bersumpah (SD) ahli parlimen BN untuk menyokong Hishammuddin Hussein.<br /><br />Bercakap kepada Sinar Harian semalam, Nazri bagaimanapun berkata gerakan mengumpul SD itu bukanlah untuk menjatuhkan perdana menteri Muhyiddin Yassin.