Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pasaran vaksin dalam sektor swasta dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini.<br /><br />Bercakap dalam webinar petang ini, katanya jika sesiapa yang inginkan vaksin dengan kadar segera boleh mendapatkannya dalam sektor swasta namun kos vaksin tersebut harus ditanggung sendiri oleh penerima.