Sesetengah sukarelawan di pusat vaksinasi di Sabah didakwa menjual slot janji temu kepada individu yang mahu memotong barisan untuk divaksinasi.

Menurut sumber, sukarelawan dari Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) yang dikelola kerajaan negeri, mengenakan bayaran RM100 seorang untuk vaksinasi menerusi 'pintu belakang'.

Ketika dihubungi berkenaan dakwaan itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata pihaknya telah membuat dua laporan polis berhubung dakwaan janji temu dijual di sektor swasta.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/580374