Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, jumlah vaksin Covid-19 yang dibekalkan ke Selangor adalah berdasarkan data yang diberikan semasa pertemuan dengan Menteri Besarnya, Amirudin Shari.

Dalam pertemuan itu, Khairy mengatakan bahawa kerajaan Selangor memaklumkan hanya dapat melakukan 40,000 suntikan sehari untuk bulan Jun.

Susulan itu, Khairy berkata dia tidak pasti mengapa exco kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) tidak menyediakan vaksin yang cukup untuk negeri itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/4110102019050213