Polis Diraja Malaysia akan memindahkan seorang jurulatih lelaki di sebuah pusat latihan polis yang didakwa membuat kenyataan jelik terhadap pelatih wanita sehingga siasatan selesai.<br /><br />Siasatan dijalankan selepas sebahagian rakaman video yang dimuat naik anggota polis terbabit menerusi aplikasi TikTok tular di media sosial.
