Dakwaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon bahawa video jamuan durian yang tular semalam merupakan video lama, telah diteliti secara mendalam oleh warga maya. <br /><br />Semalam pembantu Rashid mengatakan, kehadiran beberapa individu berpakaian sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat pada 27 Jun adalah "kebetulan".<br /><br />Bagaimanapun warga maya membuktikan sebaliknya.
