Rombakan terhadap kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dibuat dalam usaha mencari barisan kepemimpinan pelapis serta bagi memperkukuh kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir Nasrullah berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya bermain dengan spekulasi yang mendakwa rombakan itu bersifat percaturan politik.

Isnin lalu, AMK Pusat menggugurkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Selangor.

Sumber video: https://www.facebook.com/akmalnasir.my/videos/244254133798539