Bekas setiausaha Agung Umno, Annuar Musa hari ini menolak kenyataan media yang dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid Hamidi awal pagi tadi dan menyifatkannya ‘tidak lengkap’.

Ini kerana menurut Annuar, masih ada butiran mesyuarat MKT Umno semalam yang tidak dijelaskan kepada media dan menimbulkan kekeliruan.

Antaranya, ahli-ahli Parlimen Umno telah diberikan mandat untuk menentukan secara budi-bicara berhubung sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sumber video: https://www.facebook.com/133347436726997/videos/499601167991070