Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang ada pengalaman dalam menangani krisis wabak kesihatan yang layak mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sekiranya ditubuhkan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dalam talian hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan agar sebuah majlis yang tidak berorientasikan politik itu ditubuhkan khusus untuk menangani pengurusan Covid-19 di negara ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/505388370719476