Umno bukanlah parti "pak sanggup" untuk menadah kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN), pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<br /><br />Sebaliknya dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno adalah sebuah parti yang lahir bagi memperjuangkan nasib rakyat.<br /><br />Justeru itu katanya, keputusan Umno untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dibuat bukan kerana gilakan kuasa.
