Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan, protes 'Code Black' dari 1 hingga 12 Julai dan 'Black Monday' pada 12 Julai bukan satu gerakan antikerajaan.<br /><br />Menurutnya, protes atas talian itu merupakan kempen untuk menggalakkan orang ramai menunjukkan sokongan kepada doktor kontrak.<br /><br />MMA juga berkata mereka tidak mahu disalah fahamkan sebagai menyokong kempen bendera hitam yang antara lain mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.
