Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi di media sosialnya bahawa beliau diarahkan untuk menutup bank makanan di pusat khidmat parlimennya.<br /><br />Ini berikutan terlalu ramai individu yang datang beratur untuk mendapatkan bantuan.<br /><br />Sementara itu ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh memaklumkan, pihaknya bersetuju untuk menutup bank makanan di Segambut selepas berbincang dengan pihak polis.