Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua berkuat kuasa sehingga 16 Julai 2024.

Tiga lagi Senator turut mengangkat sumpah iaitu John Ambrose (Bersatu) dan Teo Eng Tee (Gerakan) yang dilantik semula, manakala Bobbey Suan Ah Fang (Bersatu) merupakan lantikan baharu.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim.

Sumber: https://youtu.be/kfHA3i7NJNo