Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang menyiasat beberapa aduan berhubung petugas kesihatan yang memberi suntikan vaksin kosong .<br /><br />CITF mengesahkan, kes pertama berlaku pada 17 Julai lalu di kem tentera Lapangan Terbang Sungai Petani dan tindakan tatatertib telah pun diambil. <br /><br />CITF turut mengakui dua insiden lain di PPV Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue.