Sebanyak 392 varian membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini, setakat semalam dengan varian Beta mencatatkan angka tertinggi iaitu 205 kes jangkitan.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata selain Beta, dua lagi varian VOC yang dikesan adalah Delta dan Alpha.

Tambahnya, bukti saintifik terbaharu menunjukkan, individu dijangkiti VOC jenis Delta mempunyai jumlah virus dalam badan yang mencecah sehingga 1,000, dan ia melebihi jenis VOC lain.

Sumber video: https://www.facebook.com/Khairykj/videos/787985851870531