Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mendakwa pihaknya menerima banyak persoalan daripada orang awam berhubung peraturan dan kompaun yang dikenakan selepas 21 Julai.<br /><br />Ini susulan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Takiyuddin Hassan memaklumkan hanya akan memberi penerangan mengenai pembatalan ordinan pada Isnin depan. <br /><br />Lim juga menyeru Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjelaskan sama ada peraturan yang tertakluk di bawah ordinan darurat masih lagi terpakai.
