Pihak pembangkang terus menggesa Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan sekiranya pembatalan ordinan darurat telah diperkenan Agong.<br /><br />Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun tidak sepatutnya membenarkan Takiyuddin berselindung di belakang Speaker untuk mengelirukan dewan. <br /><br />Terdahulu Takiyuddin menjelaskan, penerangan berhubung pembatalan ordinan darurat hanya akan dibuat pada Isnin depan seperti diumumkan Azhar semalam.