Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) membangkitkan tindakan pihak berkuasa yang menyiasat petugas kesihatan di PKRC MAEPS sehingga hampir jam 4 pagi semalam. <br /><br />Beliau yang menyifatkan siasatan itu sebagai satu bentuk intimidasi, menggesa kerajaan untuk tidak melayan petugas kesihatan sebagai penjenayah.<br /><br />Difahamkan siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pengarah PKRC berkenaan berhubung kehadiran media ketika hartal doktor kontrak Isnin lalu.
