Kerajaan berdepan tekanan selepas Yang di-Pertuan Agong dukacita dengan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dalam isu pembatalan ordinan darurat.<br /><br />Beberapa pihak turut menggesa agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya meletakkan jawatan dengan serta merta.
