Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<br /><br />Dalam usul yang disampaikan kepada speaker Dewan Rakyat, Anwar juga mahu Muhyiddin dimakzulkan (digugurkan) daripada jawatan perdana menteri dengan segera.<br /><br />Beliau turut menyifatkan sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan hingga jam 5.15 petang kerana terdapat kes positif Covid-19 sebagai 'helah kerajaan'.
