Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon bahawa sidang Parlimen akan ditangguhkan sehingga Isnin depan adalah sekadar 'wayang', kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.<br /><br />Anwar menuntut jaminan Speaker Dewan Rakyat bahawa sidang Dewan Rakyat akan berjalan seperti biasa pada Isnin depan dan menegaskan ahli-ahli Parlimen akan hadir pada jam 10 pagi.