Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) menjelaskan beliau membuat permohonan agar tempat duduknya dialihkan ke blok bukan penyokong kerajaan kerana mengikut kehendak partinya.

Ahli Parlimen veteran itu mengatakan, ia selaras dengan keputusan Umno untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Tengku Razaleigh berkata demikian kepada Hannah Yeoh (PH-Segambut) di ruang legar Parlimen semalam ketika kesemua ahli Parlimen sedang menjalani ujian saringan Covid-19.

Kredit video: https://www.facebook.com/hannahyeoh/videos/971553183667953