Umno menarik sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan lebih banyak kuasa untuk mereka sendiri, kata Presiden Warisan Shafie Apdal.<br /><br />Ahli Parlimen Semporna itu mengatakan bahawa Umno boleh menarik sokongannya dari kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin, namun sehingga ini masih tidak melakukannya. <br /><br />Bekas naib presiden Umno itu berkata demikian bagi mengulas keputusan MT Umno agar parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin atas alasan kerajan gagal dalam menangani pandemik Covid-19.
