Proses pembatalan ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana disembah nasihat oleh kabinet pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan.<br /><br />Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, pembatalan ordinan darurat oleh Agong tidak lagi berbangkit memandangkan proklamasi darurat berakhir pada 1 Ogos. <br /><br />Menurut Muhyiddin, selaras dengan titah Agong dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, usul untuk membahas dan merungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang parlimen September ini.