Pemuda Umno di seluruh negara telah membuat laporan kepada polis dan meminta agar siasatan dibuat ke atas Muhyiddin Yassin, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi.<br /><br />Ini susulan kenyataan Presiden Bersatu itu pada 4 Ogos lalu yang didakwa Asyraf sanggup memfitnah seteru politiknya demi mengekalkan kuasa.