Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Kata Ismail, Najib telah membuat kenyataan jelas pada Khamis lalu iaitu beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Namun kata Ismail lagi, kenyataan Najib pada Khamis lalu itu mungkin boleh berbeza pada hari ini memandangkan pendirian seseorang boleh berubah-ubah.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri mengadakan pertemuan bersama Najib yang berlangsung di kediaman Najib sejak jam 8 malam dan berakhir tiga jam selepas itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/358073342477230