MCA dan MIC sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, biro politik parti itu akan membawa ketetapan yang diluluskan Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu iaitu menyertai PN sehingga PRU akan datang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan bersama ahli-ahli Parlimen BN yang menyokong PN di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/358073342477230