Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua Adun menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.

Kredit video: DUN Johor