Isu siapa calon perdana menteri tidak berbangkit memandangkan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri perlu diselesaikan dahulu, kata Ketua Pemuda Umno AsyraF Wajdi Dusuki.

Asyraf turut merujuk kepada peristiwa bekas menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang gagal memperoleh sokongan majoriti di DUN Perak tahun lalu.

Menurutnya, calon menteri besar Perak yang mendapat majoriti kemudian dipersembahkan kepada Sultan Perak selepas perbincangan dibuat di antara UMNO, Pas dan Bersatu.

Sumber: https://fb.watch/7kAg62sf1f/