Maklumat salah, khabar angin dan teori konspirasi di media sosial telah memberi kesan terhadap usaha kerajaan memerangi Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.<br /><br />Dalam ucaptama di Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2021 hari ini, Dr Adham berkata platform media sosial telah bertindak balas dengan menyemak fakta dan membuang hantaran yang tidak tepat.