Menteri Besar Perlis Azlan Man menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara kes harian Covid-19 di Perlis sejak lima hari lepas sehingga mencecah lebih 20 kes sehari.

Azlan berkata beliau berasa sedih apabila kebebasan bergerak dan pembukaan sektor ekonomi menerusi peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah disia-siakan dengan peningkatan jumlah kes harian secara kumulatif yang hampir mencecah 1,000 kes positif.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Sumber video: https://fb.watch/7lMpMG6zvT/