Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mengemukakan ‘aku janji’ bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya Julai 2022.<br /><br />“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan dwipartisan di parlimen.<br /><br />“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” katanya lagi.