Tiada kluster Covid-19 melibatkan perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’
berhampiran Dataran Merdeka baru-baru ini dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, KKM sedang menyiasat laporan salah seorang peserta demonstrasi didakwa dijangkiti Covid-19 seperti yang tular media sosial.

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ diadakan pada 21 Ogos lalu di Dataran Merdeka bagi menyuarakan kebimbangan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan.

Sumber video:
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/2929970767271005