Pengerusi PH, Anwar Ibrahim memberitahu terdapat konsensus di antara pemimpin parti yang hadir ke Istana Negara hari ini untuk "menghentikan politik lama".<br /> <br />"Kita akan jurus semula ke arah yang baru. Bukan hanya isu melantik perdana menteri baru.<br /><br />"Lebih penting lagi seperti yang ditegaskan oleh Yang di Pertuan Agong dan wakil Agong, adalah mewujudkan bentuk politik baru yang lebih aman dan harmoni," katanya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.
