Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap 114 ahli parlimen hari ini bagi mengesahkan sokongan mereka terhadap Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Pada jam 10:40 pagi, dua bas yang membawa sejumlah ahli Parlimen serta beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di Istana Negara.

Mengikut jadual, kumpulan kedua ini - seramai 25 orang - merangkumi ahli parlimen Bersatu, Umno dan bebas.

Terdahulu sesi menghadap wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada jam 10 pagi telah dibuat menerusi telesidang.